10:46 AM

Organik nightcare

Kulit memasuki fasa pembaharuan dan pembaikan pada waktu malam. Jadi, pada waktu ini anda terutamanya yang telah berumur 30 tahun ke atas perlulah memakai krim malam untuk mendapatkan kulit yang cantik secara natural.

TIPS1
Menggunakan krim malam
Jangan pakai terlalu banyak pada muka dan leher menggunakan produk penjagaan malam. Gunakan sebanyak mana yang kulit boleh serap dan sapu lebihan menggunakan tisu selepas 2 minit.


TIPS2
Urut kaki anda

Untuk memastikan tidur yang nyenyak dan buat anda segar apabila bangun pada keesokan harinya, urut kaki anda minyak zaitun yang hangat sebelum tidur.

TIPS3

Urut sewaktu mandi

Mandi wap merupakan sesutu yang penting supaya kulit dapat menyerap ekstrak minyak dan herba yang digunakan. Jadi, ini adalah masa yang sesuai untuk urutan muka dengan minyak yang menyegarkan dan mengandungi khasiat-khasiat.

TIPS4

Lakukan urutan yang mudah

Tuangkan minyak ataupun mana-mana produk pilihan anda di atas satu tapak tangan. Sapukan tapak tangan anda dengan tapak tangan yang satu lagi, selepas itu sapu ke belakang tapak tangan. Sapu dari hujung jari hingga ke leher dan ke dagu. Buat kedua-dua belah leher. Ulang semula dari dagu hingga pipi di kedua-dua belah. Kemudian sapu hingga ke tepi dahi dan buat urutan berbentuk bulatan.

Please say THANK YOU if this post helps you




0 comments: