10:46 AM

Organik nightcare

Kulit memasuki fasa pembaharuan dan pembaikan pada waktu malam. Jadi, pada waktu ini anda terutamanya yang telah berumur 30 tahun ke atas perlulah memakai krim malam untuk mendapatkan kulit yang cantik secara natural.

TIPS1
Menggunakan krim malam
Jangan pakai terlalu banyak pada muka dan leher menggunakan produk penjagaan malam. Gunakan sebanyak mana yang kulit boleh serap dan sapu lebihan menggunakan tisu selepas 2 minit.


TIPS2
Urut kaki anda

Untuk memastikan tidur yang nyenyak dan buat anda segar apabila bangun pada keesokan harinya, urut kaki anda minyak zaitun yang hangat sebelum tidur.

TIPS3

Urut sewaktu mandi

Mandi wap merupakan sesutu yang penting supaya kulit dapat menyerap ekstrak minyak dan herba yang digunakan. Jadi, ini adalah masa yang sesuai untuk urutan muka dengan minyak yang menyegarkan dan mengandungi khasiat-khasiat.

TIPS4

Lakukan urutan yang mudah

Tuangkan minyak ataupun mana-mana produk pilihan anda di atas satu tapak tangan. Sapukan tapak tangan anda dengan tapak tangan yang satu lagi, selepas itu sapu ke belakang tapak tangan. Sapu dari hujung jari hingga ke leher dan ke dagu. Buat kedua-dua belah leher. Ulang semula dari dagu hingga pipi di kedua-dua belah. Kemudian sapu hingga ke tepi dahi dan buat urutan berbentuk bulatan.

Please say THANK YOU if this post helps you




9:08 AM

Berhenti Merokok

Orang yang merokok boleh membentuk 1 populasi yang ramai terseksan dalam penyakit yang diakibatkan daripada merokok dan mati awal. Merokok boleh memendekkan jangka hayat sebanyak 12 hingga ke 15 tahun. Merokok juga boleh menyebabkan kulit kelihatan tua. Menurut WHO, World Health Organization rokok adalah lebih ketagih daripada heroin, kokain, arak, kafeina, dan ganja.

TIPS1

Ajar diri anda sendiri

Berapa banyak anda tahu tentang bahayanya merokok sebagai orang dewasa? Kajian menunjukkan yang anda tidak akan berhenti merokok selagi anda tidak tahu betapa bahayanya merokok. Cari ah maklumat betapa bahayanya merokok kepada kesihatan.

TIPS2
Tidak pernah terlewat
Walaupun anda telah merokok untuk jangka masa yang panjang, itu tidak bermakna yang anda tidak boleh berhenti merokok. Mengikut satu kajian yang dijalankan, walaupun anda telah berumur 65, jika anda berhenti merokok anda dapat memanjangkan usia anda. Apabila anda telah berhenti merokok selama 5 tahun, tubuh badan anda seperti seorang yang tidak pernah merokok.


TIPS3

Buat rancangan

Perkara pertama yang anda perlu buat adalah berniat untuk berhenti. bukan untuk mengurangkan kuantiti rokok. Tuliskan sebab-sebab anda ingin berhenti. Jika anda pernah mencuba untuk berhenti sebelum ini tetapi gagal, tulis juga kenapa anda gagal.

TIPS4
Pengganti nikotina atau rokok
Anda boleh gunakan pengganti rokok atau nikotin yang sesuai seperti gula-gula getah, alat penyedut, alat penyembur hidung, pil non-nicotine Zyban di mana boleh mengurangkan ketagihan dan meningkatkan peluang anda untuk berhenti daripada merokok.
Apa itu pil non-cicotine Zyban?

TIPS5

Makan sayuran hijau

Makan sayuran hijau 2 kali sehari seperti brokoli, bunga kobis boleh mengurangkan tahap nikotin toksin untuk perokok.

TIPS6

Detox dengan buah dan sayur

Merokok bukan sahaja menghasilkan molekul radikal bebas, malah menurunkan tahap vitamin antioksida. Untuk penawar, makanlah buah-buahan dan sayuran yang boleh memusnahkan radikal bebas dan minumlah air yang banyak untuk membuang toksin.

 
TIPS7
Cuba akupunktur

Menurut kajian yang dilakukan, akupunktur didapati dapat membuang tabiat seseorang. Tanya doktor anda di mana tempat yang sesuai untuk membuat rawatan akupunktur.

TIPS8

Dapatkan bantuan homeopati
Ambil ubat Caladium 30c setiap hari untuk 2 minggu selepas anda tidak dapat berhenti merokok. Ambil Nux Vomica 30c setiap hari dalam 2 minggu untuk membantu tubuh badan membuang sendiri nikotin di dalam badan. Jika anda batuk, ambil Pulsatilla 30c sehingga batuk hilang.




Please say THANK YOU if this post helps you

 

9:34 AM

Pelihara tulang kita

Apabila umur mencecah 30, wanita akan mula kehilangan mineral di dalam tulang dan ini akan menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ini dinamakan sebagai osteoporosis. Walaubagaimanapun, ada kajian yang telah dijalankan dapt membukatikan ada cara untuk menghalang berlakunya proses ini, iaitu dengan meningkatkan pengambilan kalsium dan melakukan senaman yang berasaskan berat.

TIPS1

Lakukan senaman yang berasaskan berat
Kajian yang telah dilakukan di Amerika membuktikan ketumpatan mineral tulang boleh dilindungi dengan melakukan senaman yang berasaskan berat seperti menari, berjalan, melompat tali dan senaman aerobik.


TIPS2
Kuatkan lengan dan pergelangan tangan
Untuk menguatkan lengan dan pergelangan tangan, mulakan pergerakan dengan
Downward dog. Renggang hingga tumit dan keraskan kaki anda. Ketika tangan anda sedang lurus, gerakkan kepala dan bahu anda ke depan sehingga melebihi pergelangan tangan. Badan anda mestila tegar seperti papan. Lebarkan tangan. Ambil nafas dan kembali kepada kedudukan Downward dog dan kekalkan kedudukan untuk beberape saat dan ulang langkah 2 tau 3 kali. Buka web ini untuk tau lebih tentang Downward dog : http://www.yogajournal.com/poses/491

TIPS3

Berkebun
Bagi wanita yang sudah berumur, berkebun amat berkesan untuk membina tulang yang berasaskan senam angkat berat malah lebih berkesan daripada
jogging daripada kajian yang dijalankan oleh Amerika melalui Journal of Women and Aging. Untuk mendapatkan kesan yang lebih bagus, pastikan aktiviti berkebun disertakan dengan mengangkat, mencangkung, menolak dan menggali.

TIPS4

Brokoli untuk tulang

Brokoli merupakan salah satu sayuran hijau yang meningkatkan penyerapan kalsium dan menguatkan tulang. Gunakanlah brokoli di dalam sup dalam makanan harian anda.

TIPS5
Bertukarlah kepada nasi coklat
Kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk penyerapan yang baik. Di dalam satu kajian yang dijalankan
Journal of the American Geritrics Society, orang yang berumur 70 tahun ke atas yang mengambil banyak magnesium mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi daripada orang yang mengambil magnesium dalam kuantiti yang sedikit. Nasi coklat mempunyai kuantiti 2 kali ganda banyak magnesium daripada nasi putih. Sumber lain yang boleh didapati adalah seperti kacang, salmon, soya, tofu dan oats.

TIPS6
Minum teh

Minum teh untuk jangka masa panjang boleh meningkatkan ketumpatan mineral tulang. Black tea atau green tea kedua-duanya berkesan. 



Please say THANK YOU if this post helps you



                                

2:13 AM

Bila hendak ambil supplement

Ramai orang yang gemar mementang peperangan dengan peningkatan umur dengan makan makanan yang mengandungi antioksida dan dengan mengambil vitamin ataupun supplement. Vitamin dan supplement ini mengandungi nutrisi-nutrisi dan unsur tumbuhan yang sukar diambil dalam pemakanan seharian. Berjumplah pakar-pakar nutrisi ataupun doktor untuk mengatahui apakah vitamin-vitamin dan supplement yang perlu anda ambil. Jika anda mengandung, berjumpa dengan doktor sebelum mengambil sebaran vitamin dan supplement.

TIPS1
Supplement VS sumber makanan
Makanlah lebih banyak makanan yang kaya dengna vitamin daripada bergantung kepada supplement. Dalam sesetengah kajian yang dijalankan, pesakit yang mengambil supplement tidak cepat sembuh seperti pesakit yang mengambil nutrisi-nutrisi daripada makanan.

TIPS2
Berhati-hati dengan dos yang tinggi
Berhati-hati dengan mengambil dos antioksida lebih daripada yang dinasihatkan. Dalam sesetengah kes, mereka boleh menjadi pro-oxidants di mana mereka boleh merosakkan tubuh badan. Jadi, dengan mengambil sumber nutrisi-nutirsi dari makanan adalah hampir mustahil untuk terlebih dos.

TIPS3
Lindungilah jantung anda
Co-Enzim Q10 menjaga seluruh tubuh badan anda dengan baik dan amat penting untuk menghasilkan tenaga dan menjaga fungsi otot dan stamina, tetapi enzim ini semakin susah unti diserap tubuh badan selepas umur anda melebihi 20 tahun. Antioksida boleh menyembuhkan penyakit jantung dan tekanan darah rendah dan boleh menghalang kanser. Doktor juga akan mencadangkan antioksida untuk mengelakkan penyakit hilang memori atau ingatan yang meningkat dengan umur dan antioksida boleh meningkatkan sistem pertahanan badan. Sumber makanan yang boleh memberi antioksida adalah seperti sardin, kacang dan sayur bayam. Hendak tau lebih lajut tentang Co-Enzim Q10, peri ke web ini : http://www.mayoclinic.com/health/coenzyme-q10/ns_patient-coenzymeq10

TIPS4
Tingkatkan kuasa otak
Herba Gingko biloba mempunyai antioksida dan meningkatkan peredaran darah ke otak. Ini telah dibuktikan melalui kajian kajian ayng telah dijalankan untuk meningkatkan ingatan orang yang mengidap penyakit Alzheimer's. Ambillah herba ini dalam 120mg satu hari (jumpa doktor anda dan minta nasihat mereka sebelum mengambil sebarang supplement). Betulkah Gingko biloba boleh buat ini? Hendak tahu lebih lanjut: http://kokominda.blogspot.com/2009/04/kelebihan-ginkgo-biloba.html

TIPS5
Pastikan sendi anda dalam keadaan baik
Ubat yang terbaik adalah evening primrose oil di mana ia mengandungi omega-6 asid lemak GLA (gamma-linoleic acid) di mana badan akan menukarkannya kepada penjagaan keradangan prostaglandins. Semakin kita berumur, badan akan kurang menukarkan asid lemak kepada GLA, jadi ambillah supplement untuk ini. Ambil evening primrose oil boleh mengurangkan sakit sendi dan bengkak pada rheumatoid arthritis. Malah, ia juga boleh menjaga kulit, rambut dan kuku da menjaga ingatan supaya kuat dan menguatkan penghantaran maklumat dalam sistem saraf. Ambillah dalam 1000 mg bersama makanan 3 kali sehari. Apa lagi evening primrose oil ini boleh buat? http://www.evening-primrose-oil.com/

TIPS6
Binalah tulang anda
Kalsium amat penting untuk penghasilan tenaga, metabolisma, penghadaman dan kekuatan tulang, tekanan darah rendah dan mengekalkan kesihatan jantung dan salur darah. Kalsium juga memelihara daripada kanser kolon, insomnia, sakit kepala yang teruk. Contoh sumber makanan yang membekalkan kalsium yang banyak adalah binatang ternakan, ikan yang berminyak (makan tulang sekali), telur, kacang, bunga matahari, kacang, sayur yang berdaun hijau. Makanan yang organik mengandungi lebih banyak kalsium.

TIPS7
Tingkatkan Tenaga
Amino asid L-carnitine adalah membantu badan untuk menghasilkan tenaga tidak terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam makanan walaupun dalam daging, binatang ternakan dan bayam. Kajian mencadangkan badan mengambil 250–1000 mg dalam satu hari membekalkan tenaga serta membantu dalam memelihara ingatan manusia serta menyokong jantung.

TIPS8
Universal antioksida
Nutritionist akan mencadangkan mengambil L-cartinine dan apha-lipolic acid (ALA) iaitu universal antioksida untuk meningkatkan penghasilan tenaga di dalam sel badan, menghilangkan penat dan meningkatkan keberkesanan vitamin C dan E. ALA membantu dalm saraf yang sihat, jantung dan fungsi hati dan meningkatkan ingatan jangka masa panjang dan menghalang sakit mata. Semua ini boleh dijumpai dalam daging, ekstrak yis dan bayam. Ambillah 100 mg 1 atau 2 kali sehari.

TIPS9
Penjagaan mata
Antioksida carotenoid pigmen lutein dan zeaxanthin bertindak sebagai kaca mata semulajadi manusia yang memelihara mata daripada cahaya matahari dan menyokong makula, iaitu sebahagian daripada retina yang semakin rosak dengan peningkatan umur mengakibatkan kehilangan penglihatan yang semakin meningkat. Lutein dan zeaxanthin yang tinggi juga boleh meningkatkan sistem pertahanan badan dan menjaga jantung daripada penyakit, kanser buah dada dan paru-paru dan kerosakan otak yang meningkat dengan umur. Sumber makanan yang terbaik adalah cili merah, labu, lobak, ubi kentang, jagung, sayur hijau yang gelap seperti bayam, brokoli dan kubis. Penyerapan daripada telur boleh lebih baik 200–300 peratus daripada makanan lain dan supplement. Sumber lain yang boleh didapati adalah 6 mg lutein dan 0.1–0,2 mg zeaxanthin setiap hari.

TIPS10
Penjagaan jantung
Kebanyakan daripada kita tidak mendapat cukup omega-3 asid lemak daripada makanan. Asid lemak ini adalah penting untuk badan dalam menjaga sistem tubuh badan manusia. mereka memastikan kolestrol dalam daran adalah rendah dan mengurangkan tekanan darah dan menjaga jantung daripada sebarang penyakit. Asid lemak juga mengurangkan keradangan dan sakit sendi dan berkesan dalam mengurangkan tekanan. Omega-3 juga mempunnyai kebolehan sebagai antikanser. Sumber yang terbaik adalah seperti ikan kembung, tuna, salmon, daging rusa, daging kerbau, kacang dan minyak hem. Jika anda rasa anda tidak cukup dengan omega-3, anda boleh mengambil supplement 2 g satu hari.

TIPS11
Melawan penyakit
Selenium merupakan satu unsur yang diperlukan oleh sel dalam badan manusia. Ia amat penting dalam menghalang penyakit kerana ia membantu enzim antioksida untuk berfungsi. Selenium juga menghalang daripada sakit jantung dan stroke, sakit mata, kerosakan otot. Ambil selenium bersama vitamin E boleh meningkatkan keboleh antioksida dan mengelakkan keradangan. Sumber makananan adalah makanan laut, daging, binatang ternakan seperti ayam dan itik, telur, dan oats.


Please say THANK YOU if this post helps you




12:02 AM

Bersenam

Selalu bersenam merupakan kunci kepada otot,tulang, dan sistem badan yang sihat. Bersenam memainkan peranan peranan penting dalam proses antiaging dan mengurangkan tekanan ataupun stress. Orang yang bersenam juga akan mengurangkan insomnia iaitu penyakit susah hendak tidur dan gejala-gejala stress. Bersenam juga boleh meningkatkan keyakinan diri apabila otot-otot anda naik, tubuh badan anda cantik, stamina meningkat dan tubuh badan anada juga sentiasa dalm keadaan yang baik. Bersenam juga akan membuat otak berfikir dan berfungsi seperti orang yang muda dengan meningkatkan peredaran darah dalam otak dan penyelarasan otak kiri dan kanan.

TIPS1
Berapa banyak hendak bersenam
Cuba untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit satu hari. Jika paling kurang pun 5 kali seminggu. Jika anda hendak mengurangkan berat badan ataupun menghalang berat badan anda dari naik, anda perlulah tingkatkan masa anda untuk bersenam kepada 60 minit satu hari. Jika anda susah hendak meluangkan masa sehingga 1 jam untuk bersenam, anda boleh cuba untuk membahagikan 1 jam tersebut kepada enam iaitu 10 minit.

TIPS2
Bila tidak perlu bersenam
Sebelum anda boleh memulakan bersenam, pastikan anda telah berjumpa dengan doktor anda terutamanya jika anda masalah dengan kesihatan anda seperti sakit tulang belakang, sakit sendi, masalah untuk bergerak ataupun anda bersenam untuk pertama kalinya. Jika anda mempunyai pelatih, terangkan masalah-masalah kesihatan anda. Jika anda rasa seperti hendak demam ataupun selsema. Jangan cuba untuk bersenam jika anda cedera.

TIPS3
Berjumpa dengan doktor
Ramai doktor yang mencadangkan untuk bersenam sebelum mengambil sebarang ubat untuk sesetengah penyakit kronik. Tanyalah doktor anda mana-mana club yang ada buat aktiviti-aktiviti untuk bersenam.

TIPS4
Bersenam secara pelahan-lahan
Jika anda terasa hendak membina badan, janganlah anda bersenam secara berat secara tiba-tiba. Jika anda seorang yang kepada senaman, adalah lebih baik anda menghadiri kelas-kelas yang diadakan untuk mengajar cara-cara untuk melakukan senaman dengan betul. Yoga merupakan satu senaman yang paling baik untuk dimulakan bagi orang baru hendak belajar untuk melakukan senaman. Mulakan senaman pada satu tahap yang anda rasa selesa dengannya. Hendak tahu lebih banyak tentang yoga? Pergi ke website ini: http://www.yogajournal.com/

TIPS5
Berseronoklah dengan senaman
Sesetengah orang suka melakukan senaman dengan berenang ataupun yoga. Ada yang melakukan senama pada awal pagi ataupun sebelum tengahari untuk berasa segar. Anda perlulah memilih masa yang paling sesuai untuk anda melakukan senaman dan berseroklah dengan senaman anda. Jika anda berasa seronok dengan senaman, anda akan melakukannya setiap hari.

TIPS6
Bersenam di luar
Bersenam di luar adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. ia dapat menaikkan semangat seseorang dan menyihatkan tubuh badan. Jika anda mempunyai masa, cubalah lakukan aktiviti seperti mendaki gunung, jungle tracking, joging di taman pada waktu pagi, berenang di pantai ataupun melakukan yoga beramai-ramai.

TIPS7
4 tahap bersenam
Untuk memastikan anda melakukan senaman dengan betul, ada 4 tahap yang anda dinasihatkan untuk mengikutnya. Yang pertama, sebelum bersenam anda perlulah melakukan senaman memanaskan badan dahulu. Kemudian diikuti dengan senaman aerobik yang mana amat penting untuk jantung dan peparu. Selepas itu anda boleh melakukan senaman angkat berat untuk menguatkan otot dan tulang. Dan yang terakhir anda perlu melakukan senaman renggangan badan ataupun cooldown. Jika hendak tahun senaman-senaman cooldown yang boleh dilakukan, pergi ke website ini: http://www.netfit.co.uk/stretching_cool_down.htm

TIPS8
Ambillah masa berehat
Jika anda seseorang yang kuat bersenam, ambillah masa untuk berehat sekurang-kurangnya sekali seminggu. Jika anda terlalu kuat bersenam seperti melakuakn latihan untuk maraton, anda akam mengurangkan sistem pertahanan badan anda. Menurut kajian yang dilakukan di Los Angeles, orang yang melakukan latihan maraton akan 6 kali mudah untuk menghidap selsema daripada orang yang hanya melakukan senaman biasa.

TIPS9
Sentiasa minum air
Walaupun anda dinasihatkan minum air 8 gelas sehari, anda perlulah lebih banyak minum air untuk menggantikan air yang keluar daripada tubuh badan selepas bersenam melalui peluh.

TIPS10
Jika tiada masa
Jika anda terlalu sibuk dan tiada masa untuk melakukan senaman, tulislah dalam jadual ataupun diari anda masa untuk bersenam. Anggaplah masa yang anda tulis tersebut amat penting dan tidak boleh dibatalkan.

TIPS11
Tanda untuk berhenti
Berhentilah bersenam dan segera berjumpa doktor jika anda mengalami tanda-tanda sakit dada, sakit tulang belakang, sesak nafas, pening dan mual, sakit otot, susah untuk berjalan dan sakit kaki dan bengkak.




Please say THANK YOU if this post helps you






11:26 PM

Cara Pemakanan Yang Sihat

Cara anda makan mempengaruhi kesihatan anda. Terlepas sarapan, makan secara laju, makan semasa menonto televisyen semuanya makan kalori yang berlebihan dan kekurangan nutrisi-nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Makanlah bersama dengan keluarga dan rakan-rakan. Kongsilah makanan dan keseronokan bersama dengan orang yang terdekat. Mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga dan rakan-rakan dan makan bersama-sama akan hidup lebih lama dan menikmati hidup dengan gembira.

TIPS1
Persediaan meja makanan
Pastikan meje makan hanya ada yang berkaitan dengan makanan. Buangkan fail-fail kerja, kerja sekolah, bil tertunggak, buangkan semua. Alaskan meja makan dengan alas yang bersih, hiaskan meja dengan bunga yang segar dan cantik ataupun hiaskan meje makan dengan lilin di tengah-tengah meja. Sediakan pinggan-pinggan, gelas-gelas serta suda dan garpu. Panaskan makanan sebelum dihidangkan.

TIPS2
Elakkan buat kerja lain ketika makan
Menurut kajian, orang yang makan ketika sedan bermain internet, bekerja, memandu, ataupun berbual di telefon akan makan lebih banyak daripada orang yang makan tanpa gangguan.

TIPS3
Elakkan makan sambil menonton televisyen
Perkara yang paling utama ketika makan adalah elakkan daripada makan sambil menonton televisyen kerana ini boleh mengganggu tumpuan kepada kualiti dan kuantiti makanan yang anda makan.

TIPS4
Letakkan sudu dan garpu
Ketika mulut anda penuh dengan makanan, letakkan sudu dan garpu. Jika tangan anda gatal hendak pegang, letakkan tangan anda di peha. Cubalah nikmati makanan yang anda kunyah. Makanan yang dikunyah bukan sahaja membantu dalam proses penghadaman malah mengurangkan masa untuk badan memproses makanan yang telah dimakan.

TIPS5
Kunyah makanan
Kunyah la makanan di dalam mulut sehingga rasa makanan tersebut hilang dan makanan di dalam mulut hancur sehingga kecil untuk memudahkan makanan terssebut ditelan. Proses menyunyah bukan sahaja mencetus pembebasan enzim malah memastikan makanan dicerna dengan baik dan betul.

TIPS6

11:22 PM

Air Minuman

Satu-satunya ubat antiaging yang paling bagus dan murah adalah dengan minum air yang banyak. Dengan minum air yang banyak akan mengurangkan kulit kelihatan letih, mengelakkan anda daripada berasa pening, mengelakkan masalah penghadaman, keletihan dan mengurangkan rasa keinginan untuk makan. Air juga boleh meningkatkan penumpuan, paras tenaga dan penghantaran nutrisi-nutrisi.

TIPS1
Air adalah penawar
Rasa kehausan akan berkurangan dengan peningkatan umur. Pastikan anda minum 6 hingga ke 8 gelas satu hari ataupun 4 pints/2liters satu hari.

TIPS2
Simpan di dalam gelas
Jika anda beli air mineral, simpanlah di dalm gelas kaca kerana botol plastik terutamanya polycarbonate iaitu botol yang mempunyai tanda kitar semula yang tiga segi akan menganggu rasa air dan akan mengeluarkan bisphenol-A.

TIPS3
Minumlah air secukup-cukupnya
Minumlah segelas air apabila anda baru bangun tidur padu waktu pagi dan segelas lagi pada waktu malam sebelum anda tidur. Apabila anda bekerja, simpan air berdekatan dengan anda supaya anda akan selalu minum air.

TIPS4
Air berkarbonat akan buat anda gemuk
Pilihlah air masak daripada air berkarbonat kertana menurut kajian yang telah dijalankan di US, hanya dengan meminum 1 tin air berkarbonat boleh menaikkan berat seseorang lebih daripada 7 kg dalam masa setahun.

TIPS5
Lemon
Pada waktu pagi, campurkan air masak dengan lemon akan memudahkan penghadaman.

TIPS6
Fluorida
Pengambilan fluorida yang banyak akan mengakibatkan tulang menjadi rapuh. Pastikan air minuman anda tidak mengandungi fluorida.

TIPS7
Penapis air
Gunakan penapis air untuk menjadikan air minuman berasa lebih sedap. Walaubagaimanapun penapis air yang biasa tidak boleh membuang racun perosak dan nitrat. Jadi, gunakanlah reverse osmosis untuk membuang racun perosak dan nitrat. 

Please say THANK YOU if this post helps you


10:07 AM

Makan Makanan Semulajadi atau natural

Makanan semulajadi mengandungi pelbagai faktor dan bahan antiaging. Antara contoh makanan semulajadi ini adalah seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, daging dan ikan yang segar. Molekul yang tidak stabiil adalah pelonjak kepada pemamah usia manusia dan meningkat apabila tubuh badan terdedah kepada tekanan (stress), pencemaran, sinar UV, asap rokok dan lemak makanan yang tidak sihat. Jadi, dengan mengambil makanan semulajadi, nutrisi-nutrisi yang diperlukan oleh badan dapat dikekalkan pada keadaan normal yang mana kebanyakannya hilang semasa penyimpanan pemprosesan dan ketika memasak makanan. Pengambilan makanan semulajadi juga dapat mengurangkan pengambilan perasa tambahan yang tidak elok yang digunakan untuk menambah rasa, bentuk, dan warna makanan

TIPS 1
5 Kali sehari
Dengan memakan lebih banyak buah dan sayur, kita dapat mengekalkan kemudaan di samping mencegah penyakit Alzheimer's kepada stroke dan penyakit jantung. Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksida dan pigmen tumbuhan yang wujud mengandungi unsur antiaging secara semulajadi. Cubalah ambil sebanyak 5 buah dan sayur 1 hari sekurang-kurangnya dan jika boleh, 9 buah dan sayur.

TIPS 2
Biasakan diri anda dengan buah
Bagaimana hendak meningkatkan pengambilan buah dalam setiap pemakanan dalam satu hari. Antara cara-cara yang boleh dilakukan adalah seperti sepotong buah dimasukkan ke dalam bijiran untuk dimakan sarapan pagi. Buah seperti angur, epal ataupun pisang boleh dijadikan makanan ringan pada tengahari. Makan malam pula boleh disertakan bersama buah salad, buah yang dimasak ataupun untuk lebih enal lagi buah yang dicicah dengan coklat cair.

TIPS3
Pelbagaikan sayur-sayuran
Pelbagaikan jenis sayuran yang mepunyai warna hijau, kuning dan merah kerana mereka mepunyai unsur antioksida carotenoids yang meningkatkan sistem pertahanan badan (immunity), menjaga badan daripada penyakit jantung, cancer, kerosakan DNA, dan penyakit rabun mata yang meningkat dengan umur. Contoh-contoh sayur yang boleh diambil untuk tujuan ini adalah seperti cili, brokoli, bayam, kentang, lobak dan labu dan jangan lupa untuk tambah minyak zaitun untuk membantu penyerapan.

TIPS4
Segar adalah terbaik
Pilihlah buah dan sayur yang segar untuk memastikan rasa mereka berada di tahap yang maksimum di samping mengekalkan kandungan vitamin dan mineral, sumber antioksida dan nutrisi-nutrisi yang lain.

TIPS5
Tanam sendiri
Untuk memastikan kita sentiasa mendapat buah dan sayur yang segar dan terbaik, tanamlah sendiri buah-buahan dan sayur-sayuran. Malah, balkoni juga boleh digunakan untuk penanaman tomato, salad, herba dan pokok buah yang kecil.

TIPS6
Pelbagaikan makanan
Kepelbagaian merupakan kunci kepada diet yang sihat. Dengan pelbagaikan jenis makanan yang sihat, kita dapat membekalkan nutrisi-nutrisi dan sumber antioksida yang diperlukan oleh badan kita.

TIPS7
Berfikirlah seperti seorang vegetarian
Tumbuhan mengandungi unsur-unsur ataupun kandungan yang boleh memanjangkan jangka hayat manusia. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu menjadi seorang vegetarian untuk memanajangkan jangka hayat. Sediakan makan tengahari ataupun makan malam dengan 2 atau 3 jenis sayur dijadikan makanan sampingan. Anda juga boleh sediakan sup yang dicampur dengan sayur untuk dijadikan makanan sampingan ataupun makanan tambahan.

TIPS8
Lupakan diet
Ubah cara pemikiran anda terhadap makanan dan jangan risau pasal diet lagi. Makanlah makanan yang segar dan elakkan dari mengambil makanan yang mengandungi perisa tambahan di mana ini akan membebaskan diri anda daripada lemak. Menurut dermatologi, diet sebenarnya penyumbang kepada kulit yang kelihatan tua. Daripada risau dengan berat badan, adalah lebih baik anda mengukur berat anda dengan pakaian anda samada muat ataupun tidak.

TIPS9
Kurangkan kalori
Jika berat anda terlalu tinggi dan tidak berkurang, sudah tiba masanya anda kurangkan pengambilan makanan berkalori. Bagi mereka yang telah berumur 50 tahun ke atas dan tidak aktif, mereka perlulah mengurangkan kalori sebanyak 200 kalori satu hari daripada mereka yang aktif secara fizikal dalam hidup seharian. Ubah cara pemakanan anda seperti mengurangkan jumlah makanan daripada tidak makan untuk mengurangkan kalori dalam badan.

TIPS10
Sesuaikan selere makan
Apabila umur anda meningkat tua, anda mungkin akan merasa yang anda tidak boleh makan terlalu banyak seperti dahulu. Banyakkan bersenam untuk tingakatkan selera makan. Cuba bersenam 30 minit dalam masa satu hari. Walaubagaimanapun, pastikan makanan yang anda ambil itu mengandungi protein, vitamin dan mineral yang banyak kerana keperluan nutrisi-nutrisi ini kepada badan tidak berkurangan dengan peningkatan umur.

TIPS11
Banyakkan pengambilan folate
Tahukah anda apa itu folate? Folate adalah sejanis vitamin B yang boleh larut dalam air. Orang yang umurnya lebih jauh dan kekurangan folate ini akan mempunyai masalah ingatan berdasarkan kajian yang telah dilakukan. Jadi, untuk memastikan minda dan memori tajam, pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan folate ini seperti sayur-sayuran yang berdaun hijau dan makan buah sitrus setiap hari.

TIPS12
Pilihlah sumber karbohidrat yang baik
Karbohidrat yang baik adalah yang tidak diproses, kaya dengan nutrient dan fiber, kaya dengan rasa dan buat anda kenyang beberapa jam. Cuba untuk mengambil karbohidrat tersebut 6 kali sehari jika anda tidak aktif dan 9 kali jika anda seorang yang aktif secara fizikal. Ambillah beras coklat, oats dan roti bijiran.

TIPS13
Ubi kentang
Wanita yang makan kentang goreng 2 kali semingu akan meningkatkan risiko mereka untuk menghidap penyakit type-2 diabetis iaitu penyakit utama yang menyerang orang yang berumur pertengahan mengikut kajian yang telah dijalankan. Daripada makan kentang yang telah digoreng, adalah lebih baik rebus kulit kentang atauapun campur dengan bawang putih dan minyak zaitun.

TIPS14
Perbanyakkan makan bijiran.
Bijiran kaya dengan serat merupakan pilihan makanan yang terbaik bagi orang yang telah berumur. Menigkut satu kajian yang telah dijalankan, orang yang telah berumur 60 tahun ke atas yang makan banyak bijiran akan kurang menghidap penyakit metabolisma seperti penyakit jantung dan diabetis. Bijiran juga kaya dengan vitamin B dan magnesium. Nasi coklat mengandungi dua kali ganda magnesium daripada nasi putih. Pemakanan yang kaya dengan magnesium juga adalah penting untuk kepadatan tulang. Sebaiknya pilihlah yang organik untuk mengelakkan daripada racun serangga.

TIPS15
Elakkan pewarna tiruan
Kebanyakan pewarna tiruan mengandungi bahan-bahan yang berbahaya kepada kesihatan anda. Contohnya aspartame (E951) di mana ia menghasilkan toksik metanol yang badan manusia hanya boleh proses toksik tersebut dalam kuantiti yang kecil sahaja dan akan menyebabkan sakit kepala dan mendatangkan masalah kepada kitar haid. Sakarin (E954) pula akan menyebabkan kanser kepada pundi. Acesulfame K (E950) juga boleh menyebabkan kanser. Manakala sorbitol (E420) dan mannitol (E421) akan menyebabkan bengkak-bengkak.

TIPS15
Perbanyakkan pengambilan protein
Cuba untuk mengambil protein dalam pemakanan 2 kali sehari daripada daging dan ikan, kacang ataupun susu. Dalam satu kajian terhadap osteoporosis, orang yang mengambil lebih banyak protein dapat mengekalkan komposisi dan kepadatan tulang lebih baik daripada orang yang kurang mengambil protein.

TIPS16
Ikan adalah baik untuk kesihatan
Ikan yang berminyak seperti salmon, sardin da ikan kembong kaya dengan omega-3 acid lemak yang memelihara otak, menjaga kesihatan mata, jantung, mengurangkan tekanan, mengelakkan keradangan dan sakit-sakit sendi. Lihat betapa bagusnya pengambilan ikan dalam pemakanan anda.

TIPS17
Ikan manakah yang terbaik
Pilihlah ikan yang kecil yang berada di bawah dalam rantai makanan seperti sardin dan ikan bilis kerana mereka mengandungi 16 kali lebih sedikit PCBs (polychlorinated biphenyls) iaitu yang mengakibatkan kanser kepada neurological toksin yang berkumpul di dalam badan. Ikan karnivor yang berada di tempat atas dalam ranrai makanan mempunyai bahan cemar persekitaran seperti mercury, dioxin dan PCBs.

TIPS18
Daging lembu sumber zat besi
Daging lembu merupakan sumber zat besi yang terbaik di mana orang yang telah berumur kekurangan. Sediakan daging dengan sayur berdaun hijau dan segelas oren segar untuk meningkatkan penyerapan.

TIPS19
Makanlah ayam
Ayam merupakan sumber selenium yang terbaik yang terlibat dalam pembaikan DNA dan melindungi anda daripada kanser. Ayam juga membekalkan niasin di mana ia membantu melindungi fungsi otak apabila umur meningkat. Vitamin B6 juga boleh ditemui di mana ia membekalkan tenaga dan memastikan jantung dan saluran darah dalam keadaan yang baik.

TIPS20
Jangan mengambil ayam ataupun daging yang telah diproses.
Untuk memastikan kolon ataupun usus besar dalam keadaan yang sihat, jangan mengambil ayam atau daging yang telah diproses. Contohnya seperti bakon dan sosej. Bahan awet yang telah dicampur ketika pemprosesan meningkatkan risiko penyakit kolon. Dalam satu kajian yang telah dijalankan, daging segar ataupun ayam segar mengurangkan risiko penyakit kolon sebanyak 39 peratus.



Please say THANK YOU if this post helps you