2:13 AM

Bila hendak ambil supplement

Ramai orang yang gemar mementang peperangan dengan peningkatan umur dengan makan makanan yang mengandungi antioksida dan dengan mengambil vitamin ataupun supplement. Vitamin dan supplement ini mengandungi nutrisi-nutrisi dan unsur tumbuhan yang sukar diambil dalam pemakanan seharian. Berjumplah pakar-pakar nutrisi ataupun doktor untuk mengatahui apakah vitamin-vitamin dan supplement yang perlu anda ambil. Jika anda mengandung, berjumpa dengan doktor sebelum mengambil sebaran vitamin dan supplement.

TIPS1
Supplement VS sumber makanan
Makanlah lebih banyak makanan yang kaya dengna vitamin daripada bergantung kepada supplement. Dalam sesetengah kajian yang dijalankan, pesakit yang mengambil supplement tidak cepat sembuh seperti pesakit yang mengambil nutrisi-nutrisi daripada makanan.

TIPS2
Berhati-hati dengan dos yang tinggi
Berhati-hati dengan mengambil dos antioksida lebih daripada yang dinasihatkan. Dalam sesetengah kes, mereka boleh menjadi pro-oxidants di mana mereka boleh merosakkan tubuh badan. Jadi, dengan mengambil sumber nutrisi-nutirsi dari makanan adalah hampir mustahil untuk terlebih dos.

TIPS3
Lindungilah jantung anda
Co-Enzim Q10 menjaga seluruh tubuh badan anda dengan baik dan amat penting untuk menghasilkan tenaga dan menjaga fungsi otot dan stamina, tetapi enzim ini semakin susah unti diserap tubuh badan selepas umur anda melebihi 20 tahun. Antioksida boleh menyembuhkan penyakit jantung dan tekanan darah rendah dan boleh menghalang kanser. Doktor juga akan mencadangkan antioksida untuk mengelakkan penyakit hilang memori atau ingatan yang meningkat dengan umur dan antioksida boleh meningkatkan sistem pertahanan badan. Sumber makanan yang boleh memberi antioksida adalah seperti sardin, kacang dan sayur bayam. Hendak tau lebih lajut tentang Co-Enzim Q10, peri ke web ini : http://www.mayoclinic.com/health/coenzyme-q10/ns_patient-coenzymeq10

TIPS4
Tingkatkan kuasa otak
Herba Gingko biloba mempunyai antioksida dan meningkatkan peredaran darah ke otak. Ini telah dibuktikan melalui kajian kajian ayng telah dijalankan untuk meningkatkan ingatan orang yang mengidap penyakit Alzheimer's. Ambillah herba ini dalam 120mg satu hari (jumpa doktor anda dan minta nasihat mereka sebelum mengambil sebarang supplement). Betulkah Gingko biloba boleh buat ini? Hendak tahu lebih lanjut: http://kokominda.blogspot.com/2009/04/kelebihan-ginkgo-biloba.html

TIPS5
Pastikan sendi anda dalam keadaan baik
Ubat yang terbaik adalah evening primrose oil di mana ia mengandungi omega-6 asid lemak GLA (gamma-linoleic acid) di mana badan akan menukarkannya kepada penjagaan keradangan prostaglandins. Semakin kita berumur, badan akan kurang menukarkan asid lemak kepada GLA, jadi ambillah supplement untuk ini. Ambil evening primrose oil boleh mengurangkan sakit sendi dan bengkak pada rheumatoid arthritis. Malah, ia juga boleh menjaga kulit, rambut dan kuku da menjaga ingatan supaya kuat dan menguatkan penghantaran maklumat dalam sistem saraf. Ambillah dalam 1000 mg bersama makanan 3 kali sehari. Apa lagi evening primrose oil ini boleh buat? http://www.evening-primrose-oil.com/

TIPS6
Binalah tulang anda
Kalsium amat penting untuk penghasilan tenaga, metabolisma, penghadaman dan kekuatan tulang, tekanan darah rendah dan mengekalkan kesihatan jantung dan salur darah. Kalsium juga memelihara daripada kanser kolon, insomnia, sakit kepala yang teruk. Contoh sumber makanan yang membekalkan kalsium yang banyak adalah binatang ternakan, ikan yang berminyak (makan tulang sekali), telur, kacang, bunga matahari, kacang, sayur yang berdaun hijau. Makanan yang organik mengandungi lebih banyak kalsium.

TIPS7
Tingkatkan Tenaga
Amino asid L-carnitine adalah membantu badan untuk menghasilkan tenaga tidak terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam makanan walaupun dalam daging, binatang ternakan dan bayam. Kajian mencadangkan badan mengambil 250–1000 mg dalam satu hari membekalkan tenaga serta membantu dalam memelihara ingatan manusia serta menyokong jantung.

TIPS8
Universal antioksida
Nutritionist akan mencadangkan mengambil L-cartinine dan apha-lipolic acid (ALA) iaitu universal antioksida untuk meningkatkan penghasilan tenaga di dalam sel badan, menghilangkan penat dan meningkatkan keberkesanan vitamin C dan E. ALA membantu dalm saraf yang sihat, jantung dan fungsi hati dan meningkatkan ingatan jangka masa panjang dan menghalang sakit mata. Semua ini boleh dijumpai dalam daging, ekstrak yis dan bayam. Ambillah 100 mg 1 atau 2 kali sehari.

TIPS9
Penjagaan mata
Antioksida carotenoid pigmen lutein dan zeaxanthin bertindak sebagai kaca mata semulajadi manusia yang memelihara mata daripada cahaya matahari dan menyokong makula, iaitu sebahagian daripada retina yang semakin rosak dengan peningkatan umur mengakibatkan kehilangan penglihatan yang semakin meningkat. Lutein dan zeaxanthin yang tinggi juga boleh meningkatkan sistem pertahanan badan dan menjaga jantung daripada penyakit, kanser buah dada dan paru-paru dan kerosakan otak yang meningkat dengan umur. Sumber makanan yang terbaik adalah cili merah, labu, lobak, ubi kentang, jagung, sayur hijau yang gelap seperti bayam, brokoli dan kubis. Penyerapan daripada telur boleh lebih baik 200–300 peratus daripada makanan lain dan supplement. Sumber lain yang boleh didapati adalah 6 mg lutein dan 0.1–0,2 mg zeaxanthin setiap hari.

TIPS10
Penjagaan jantung
Kebanyakan daripada kita tidak mendapat cukup omega-3 asid lemak daripada makanan. Asid lemak ini adalah penting untuk badan dalam menjaga sistem tubuh badan manusia. mereka memastikan kolestrol dalam daran adalah rendah dan mengurangkan tekanan darah dan menjaga jantung daripada sebarang penyakit. Asid lemak juga mengurangkan keradangan dan sakit sendi dan berkesan dalam mengurangkan tekanan. Omega-3 juga mempunnyai kebolehan sebagai antikanser. Sumber yang terbaik adalah seperti ikan kembung, tuna, salmon, daging rusa, daging kerbau, kacang dan minyak hem. Jika anda rasa anda tidak cukup dengan omega-3, anda boleh mengambil supplement 2 g satu hari.

TIPS11
Melawan penyakit
Selenium merupakan satu unsur yang diperlukan oleh sel dalam badan manusia. Ia amat penting dalam menghalang penyakit kerana ia membantu enzim antioksida untuk berfungsi. Selenium juga menghalang daripada sakit jantung dan stroke, sakit mata, kerosakan otot. Ambil selenium bersama vitamin E boleh meningkatkan keboleh antioksida dan mengelakkan keradangan. Sumber makananan adalah makanan laut, daging, binatang ternakan seperti ayam dan itik, telur, dan oats.


Please say THANK YOU if this post helps you




0 comments: