11:26 PM

Cara Pemakanan Yang Sihat

Cara anda makan mempengaruhi kesihatan anda. Terlepas sarapan, makan secara laju, makan semasa menonto televisyen semuanya makan kalori yang berlebihan dan kekurangan nutrisi-nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Makanlah bersama dengan keluarga dan rakan-rakan. Kongsilah makanan dan keseronokan bersama dengan orang yang terdekat. Mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga dan rakan-rakan dan makan bersama-sama akan hidup lebih lama dan menikmati hidup dengan gembira.

TIPS1
Persediaan meja makanan
Pastikan meje makan hanya ada yang berkaitan dengan makanan. Buangkan fail-fail kerja, kerja sekolah, bil tertunggak, buangkan semua. Alaskan meja makan dengan alas yang bersih, hiaskan meja dengan bunga yang segar dan cantik ataupun hiaskan meje makan dengan lilin di tengah-tengah meja. Sediakan pinggan-pinggan, gelas-gelas serta suda dan garpu. Panaskan makanan sebelum dihidangkan.

TIPS2
Elakkan buat kerja lain ketika makan
Menurut kajian, orang yang makan ketika sedan bermain internet, bekerja, memandu, ataupun berbual di telefon akan makan lebih banyak daripada orang yang makan tanpa gangguan.

TIPS3
Elakkan makan sambil menonton televisyen
Perkara yang paling utama ketika makan adalah elakkan daripada makan sambil menonton televisyen kerana ini boleh mengganggu tumpuan kepada kualiti dan kuantiti makanan yang anda makan.

TIPS4
Letakkan sudu dan garpu
Ketika mulut anda penuh dengan makanan, letakkan sudu dan garpu. Jika tangan anda gatal hendak pegang, letakkan tangan anda di peha. Cubalah nikmati makanan yang anda kunyah. Makanan yang dikunyah bukan sahaja membantu dalam proses penghadaman malah mengurangkan masa untuk badan memproses makanan yang telah dimakan.

TIPS5
Kunyah makanan
Kunyah la makanan di dalam mulut sehingga rasa makanan tersebut hilang dan makanan di dalam mulut hancur sehingga kecil untuk memudahkan makanan terssebut ditelan. Proses menyunyah bukan sahaja mencetus pembebasan enzim malah memastikan makanan dicerna dengan baik dan betul.

TIPS6

0 comments: