9:34 AM

Pelihara tulang kita

Apabila umur mencecah 30, wanita akan mula kehilangan mineral di dalam tulang dan ini akan menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ini dinamakan sebagai osteoporosis. Walaubagaimanapun, ada kajian yang telah dijalankan dapt membukatikan ada cara untuk menghalang berlakunya proses ini, iaitu dengan meningkatkan pengambilan kalsium dan melakukan senaman yang berasaskan berat.

TIPS1

Lakukan senaman yang berasaskan berat
Kajian yang telah dilakukan di Amerika membuktikan ketumpatan mineral tulang boleh dilindungi dengan melakukan senaman yang berasaskan berat seperti menari, berjalan, melompat tali dan senaman aerobik.


TIPS2
Kuatkan lengan dan pergelangan tangan
Untuk menguatkan lengan dan pergelangan tangan, mulakan pergerakan dengan
Downward dog. Renggang hingga tumit dan keraskan kaki anda. Ketika tangan anda sedang lurus, gerakkan kepala dan bahu anda ke depan sehingga melebihi pergelangan tangan. Badan anda mestila tegar seperti papan. Lebarkan tangan. Ambil nafas dan kembali kepada kedudukan Downward dog dan kekalkan kedudukan untuk beberape saat dan ulang langkah 2 tau 3 kali. Buka web ini untuk tau lebih tentang Downward dog : http://www.yogajournal.com/poses/491

TIPS3

Berkebun
Bagi wanita yang sudah berumur, berkebun amat berkesan untuk membina tulang yang berasaskan senam angkat berat malah lebih berkesan daripada
jogging daripada kajian yang dijalankan oleh Amerika melalui Journal of Women and Aging. Untuk mendapatkan kesan yang lebih bagus, pastikan aktiviti berkebun disertakan dengan mengangkat, mencangkung, menolak dan menggali.

TIPS4

Brokoli untuk tulang

Brokoli merupakan salah satu sayuran hijau yang meningkatkan penyerapan kalsium dan menguatkan tulang. Gunakanlah brokoli di dalam sup dalam makanan harian anda.

TIPS5
Bertukarlah kepada nasi coklat
Kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk penyerapan yang baik. Di dalam satu kajian yang dijalankan
Journal of the American Geritrics Society, orang yang berumur 70 tahun ke atas yang mengambil banyak magnesium mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi daripada orang yang mengambil magnesium dalam kuantiti yang sedikit. Nasi coklat mempunyai kuantiti 2 kali ganda banyak magnesium daripada nasi putih. Sumber lain yang boleh didapati adalah seperti kacang, salmon, soya, tofu dan oats.

TIPS6
Minum teh

Minum teh untuk jangka masa panjang boleh meningkatkan ketumpatan mineral tulang. Black tea atau green tea kedua-duanya berkesan. 



Please say THANK YOU if this post helps you



                                

0 comments: