11:22 PM

Air Minuman

Satu-satunya ubat antiaging yang paling bagus dan murah adalah dengan minum air yang banyak. Dengan minum air yang banyak akan mengurangkan kulit kelihatan letih, mengelakkan anda daripada berasa pening, mengelakkan masalah penghadaman, keletihan dan mengurangkan rasa keinginan untuk makan. Air juga boleh meningkatkan penumpuan, paras tenaga dan penghantaran nutrisi-nutrisi.

TIPS1
Air adalah penawar
Rasa kehausan akan berkurangan dengan peningkatan umur. Pastikan anda minum 6 hingga ke 8 gelas satu hari ataupun 4 pints/2liters satu hari.

TIPS2
Simpan di dalam gelas
Jika anda beli air mineral, simpanlah di dalm gelas kaca kerana botol plastik terutamanya polycarbonate iaitu botol yang mempunyai tanda kitar semula yang tiga segi akan menganggu rasa air dan akan mengeluarkan bisphenol-A.

TIPS3
Minumlah air secukup-cukupnya
Minumlah segelas air apabila anda baru bangun tidur padu waktu pagi dan segelas lagi pada waktu malam sebelum anda tidur. Apabila anda bekerja, simpan air berdekatan dengan anda supaya anda akan selalu minum air.

TIPS4
Air berkarbonat akan buat anda gemuk
Pilihlah air masak daripada air berkarbonat kertana menurut kajian yang telah dijalankan di US, hanya dengan meminum 1 tin air berkarbonat boleh menaikkan berat seseorang lebih daripada 7 kg dalam masa setahun.

TIPS5
Lemon
Pada waktu pagi, campurkan air masak dengan lemon akan memudahkan penghadaman.

TIPS6
Fluorida
Pengambilan fluorida yang banyak akan mengakibatkan tulang menjadi rapuh. Pastikan air minuman anda tidak mengandungi fluorida.

TIPS7
Penapis air
Gunakan penapis air untuk menjadikan air minuman berasa lebih sedap. Walaubagaimanapun penapis air yang biasa tidak boleh membuang racun perosak dan nitrat. Jadi, gunakanlah reverse osmosis untuk membuang racun perosak dan nitrat. 

Please say THANK YOU if this post helps you


0 comments: