9:08 AM

Berhenti Merokok

Orang yang merokok boleh membentuk 1 populasi yang ramai terseksan dalam penyakit yang diakibatkan daripada merokok dan mati awal. Merokok boleh memendekkan jangka hayat sebanyak 12 hingga ke 15 tahun. Merokok juga boleh menyebabkan kulit kelihatan tua. Menurut WHO, World Health Organization rokok adalah lebih ketagih daripada heroin, kokain, arak, kafeina, dan ganja.

TIPS1

Ajar diri anda sendiri

Berapa banyak anda tahu tentang bahayanya merokok sebagai orang dewasa? Kajian menunjukkan yang anda tidak akan berhenti merokok selagi anda tidak tahu betapa bahayanya merokok. Cari ah maklumat betapa bahayanya merokok kepada kesihatan.

TIPS2
Tidak pernah terlewat
Walaupun anda telah merokok untuk jangka masa yang panjang, itu tidak bermakna yang anda tidak boleh berhenti merokok. Mengikut satu kajian yang dijalankan, walaupun anda telah berumur 65, jika anda berhenti merokok anda dapat memanjangkan usia anda. Apabila anda telah berhenti merokok selama 5 tahun, tubuh badan anda seperti seorang yang tidak pernah merokok.


TIPS3

Buat rancangan

Perkara pertama yang anda perlu buat adalah berniat untuk berhenti. bukan untuk mengurangkan kuantiti rokok. Tuliskan sebab-sebab anda ingin berhenti. Jika anda pernah mencuba untuk berhenti sebelum ini tetapi gagal, tulis juga kenapa anda gagal.

TIPS4
Pengganti nikotina atau rokok
Anda boleh gunakan pengganti rokok atau nikotin yang sesuai seperti gula-gula getah, alat penyedut, alat penyembur hidung, pil non-nicotine Zyban di mana boleh mengurangkan ketagihan dan meningkatkan peluang anda untuk berhenti daripada merokok.
Apa itu pil non-cicotine Zyban?

TIPS5

Makan sayuran hijau

Makan sayuran hijau 2 kali sehari seperti brokoli, bunga kobis boleh mengurangkan tahap nikotin toksin untuk perokok.

TIPS6

Detox dengan buah dan sayur

Merokok bukan sahaja menghasilkan molekul radikal bebas, malah menurunkan tahap vitamin antioksida. Untuk penawar, makanlah buah-buahan dan sayuran yang boleh memusnahkan radikal bebas dan minumlah air yang banyak untuk membuang toksin.

 
TIPS7
Cuba akupunktur

Menurut kajian yang dilakukan, akupunktur didapati dapat membuang tabiat seseorang. Tanya doktor anda di mana tempat yang sesuai untuk membuat rawatan akupunktur.

TIPS8

Dapatkan bantuan homeopati
Ambil ubat Caladium 30c setiap hari untuk 2 minggu selepas anda tidak dapat berhenti merokok. Ambil Nux Vomica 30c setiap hari dalam 2 minggu untuk membantu tubuh badan membuang sendiri nikotin di dalam badan. Jika anda batuk, ambil Pulsatilla 30c sehingga batuk hilang.




Please say THANK YOU if this post helps you

 

0 comments: